Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Allan Harris meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 25, 2017 4:21 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Allan Harris meninggal dunia Khamis lalu, pada usia 74 tahun.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan setinggi penghargaan kepada Allan terutama atas sumbangannya ketika menjadi jurulatih bermula tahun 2000 hingga 2004.

"FAM ingin merakamkan ucapan takziah dan setinggi penghargaan kepada mendiang Allan Harris, 74, yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

"Di atas segala khidmat dan sumbangan beliau sepanjang menjadi ketua jurulatih kebangsaan dari tahun 2000 hingga 2004," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Di bawah bimbingan Harris, skuad bola sepak Malaysia antaranya mendapat tempat keempat dalam Piala Asean Football Federation (AFF), dan pingat perak dan gangsa bagi Sukan SEA pada 2001 dan 2003.

Selain Malaysia, Harris turut pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Terry Venables di kelab terkemuka Sepanyol, Barcelona pada 1984 hingga 1986.

Sepanjang tempoh itu, mereka memenangi kejuaraan liga pada musim pertama dan layak ke parlawanan akhir Piala Eropah pada 1986.

Di zaman kerjayanya sebagai pemain pula, Harris merupakan pemain pertahanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada era 1960-an, menyarung jersi kelab itu untuk lebih 100 perlawanan.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman rasmi kelab itu, Chelsea turut mengucapkan takziah di atas pemergian Harris.

"Pasukan Bolasepak Chelsea merasa sedih selepas mendapat tahu pemergian Allan Harris, bekas pemain pertahanan kami," kata kelab itu.

Lihat Komen
ADS