Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
The Red Warriors: Nor Farhan kekal musim depan

Penyerang Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad mahu menggunakan kepercayaan diberikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memulihkan semula prestasi beliau bersama pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mohd Nor Farhan percaya musim 2018 adalah masa sesuai bagi beliau untuk mengejar slot dalam kesebelasan utama setelah hampir dua musim tersisih.

“Kecederaan dialami saya sebelum ini telah pulih sejak musim lalu (2016). Namun nasib saya kurang baik apabila gagal beraksi lebih banyak dalam beberapa perlawanan yang diharungi pasukan musim ini," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu hari ini sah kekal bersama skuad The Red Warriors (TRW) apabila kontraknya disambung selama setahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA sedang merundingkan kontrak bersama pemain berkenaan.

Sementara itu, Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pemain kelahiran Wakaf Tapai, Terengganu, itu kekal bersama TRW setelah rundingan kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan bersama.

“Mohd Nor Farhan akan bersama kami selama setahun pada musim depan dan diharapkan dengan mengekalkan pemain itu, ia dapat menyuntik semangat pemain lain terutamanya pemain baharu dan muda," katanya.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS