Penjaga gol menangis peminat suruh berambus
Berjaya mempertahankan gawang dan membantu pasukannya mengatasi lawan dengan kemenangan meyakinkan 3-0.
Namun dalam keadaan begitu ada peminat yang menaikkan kain rentang besar menghalau dia dari kelab berkenaan.
Justeru dapat difahami mengapa Gianluigi Donnarumma menitiskan air mata pada Isnin lalu.
Penjaga gol kelab AC Milan berkenaan terpaksa ditenangkan rakan sepasukannya yang juga pemain pertahanan, Leonardo Bonucci.
Kain rentang sepanjang lebih 30 meter itu dinaikkan penyokong AC Milan sebelum sepak mula antara kelab itu dengan Verona bermula.
Kedua-dua pasukan bertanding di peringkat kalah mati Piala Coppa Italia.
Difahamkan kejian itu diluahkan kerana peminat tidak senang dengan sikap Donnarumma, 18, yang belum lagi menurunkan tandatangan untuk melanjutkan kontraknya bersama kelab gergasi berkenaan.
Difahamkan Donnarumma meminta ejennya cuba mengintai peluang untuk bermain di luar San Siro pada Januari depan.
Secara umum kain rentang itu bertulis: "Tak bermoral, 5 juta setahun tapi jadi parasit? Sekarang berambus, tak boleh sabar dah!"
? ?? "Psychological violence by giving you €6 million a season & signing your parasite brother? It's time to leave... our patience with you is over!"
— The Sportsman (@TheSportsman) December 14, 2017
Gianluigi Donnarumma broke down last night after AC Milan fans taunted him. pic.twitter.com/pfTdnXq812
Parasit itu merujuk kepada seorang abang Donnarumma, Antonio, 27, yang dibel dari sebuah kelab Greece, Asteras Tripoli pada musim panas lalu namun belum diturunkan beraksi bersama AC Milan.
Menjadi antara kuat paling berpengaruh di Itali sebelum ini beberapa krisis yang melanda AC Milan menyaksikan mereka berada di tangga ketujuh dengan jurang 16 mata dengan pendahulu Serie A, Inter Milan.
AC Milan mengumpul hanya 24 mata setakat ini.
Kalau ada lainlah
Kelab itu baru saja melantik bekas pemain antarabangsa Itali, Gennaro Gattuso, 39, sebagai pengurus.
Baru-baru ini AC Milan 'menghadiahkan' mata tunggal buat kelab tercorot Serie A, Benevento yang gagal mendapat sebarang mata selepas 14 perlawanan.
Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.
Pencapaian itu dilakar selepas mereka berhabisan lebih £200 juta pada sesi perpindahan pemain Eropah semasa musim panas lalu.
Mengulas air mata Donnarumma, Gattuso berka, sebagai seorang remaja memang penjaga golnya boleh goyang dikecam penyokong sendiri.
"Tak ada perkataan layak untuk Donnarumma kecuali terima kasih dengan apa yang dilakukannya untuk AC Milan.
"Untuk usianya Donnarumma ialah penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.
"Memang kamu boleh nampak wajahnya tak gembira, tapi saya tahu dia hebat dan dia mendapat segala perlindungan daripada saya," katanya.
Gattuso berkata sebagai pengurus pasukan dia tahu apa yang berlaku dan Donnarumma tidak pernah menyatakan niatnya berhijrah ke kelab lain.
"Dia tak ada cakap kepada saya sendiri. Kalau ada, lainlah," katanya.

