Najib ajak rakyat Malaysia bersenam
Diterbitkan: Dec 25, 2017 2:30 PM | Dikemas kini: Dec 25, 2017 5:35 PM
Kepimpinan melalui teladan.
Begitu yang cuba ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.
Di Facebook, beliau hari ini memuat naik gambarnya memulakan hari dengan bersenam menggunakan mesin larian (treadmill).
“Senaman pagi ini. Setiap masa sesuai untuk senaman.
“Selamat Hari Natal,” tulisnya menggunakan bahasa Inggeris dengan smiley senyuman.
Berdasarkan gambar, Najib yang memakai pakaian serba merah, kelihatan menikmati muzik ketika larian itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.