Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sanchez bakal lakar rekod jika ke Old Trafford
Diterbitkan:  Jan 18, 2018 4:14 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Jose Mourinho sudah tidak sabar-sabar lagi memuktamadkan perpindahan jagoan Arsenal ke Old Trafford ketika nasib Alexis Sanchez hampir pasti akan menyarung jersi Manchester United.

Jika ia menjadi kenyataan penyerang dari Chile itu bakal mencatat rekod sebagai pemain mendapat bayaran termahal di Britain.

Dengan menjadi pemain MU, 29, bakal mendapat bayaran £505,000 (RM2.76 juta) seminggu selepas ditawarkan kontrak selama empat setengah tahun.

Perpindahan itu juga melibatkan kontrak bernilai £118.3 juta (RM647.8 juta).

The Sun melaporkan Mourinho mahu mendaftarkan segera Sanchez sebelum tengah hari esok (waktu tempatan) supaya melayakkan pemain terbabit turun bersama MU menentang Burnley pada Sabtu ini.

Namun penghijrahan itu boleh gagal jika Arsenal berubah fikiran. Faktor yang menentukan Sanchez mendapat lampu hijau atau tidak bergantung kepada kejayaan The Gunners mendapatkan pemain lain sebagai ganti.

Buat masa ini Arsene Wenger sedang cuba mendapatkan pemain antarabangsa Armenia, Henrikh Mkhitaryan, yang tidak lagi diperlukan Mourinho.

Dua lagi pemain yang boleh membantu penghijrahan Sanchez secara tidak langsung ialah penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, 28, dan Malcom Oliveira, 20, pemain Brazil yang kini berkhidmat untuk Bordeaux.

Setakat ini rundingan untuk menukarkan Sanchez dengan Mkhitaryan dilihat jauh daripada kenyataan walaupun pengurusn MU bersetuju memenuhi tuntutan fi bernilai £35 juta daripada Arsenal.

Jika Wenger mendapat salah seorang - Aubameyang atau Malcon - kehadiran Mkhitaryan bukan lagi penting dan Sanchez bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal.

Sementara itu Sanchez diberi pengecualian daripada latihan ketika rakan-rakan sepasukannya berlatih semalam. Sebaliknya dia dilihat mengunjungi salun rambut di Mill Hill.

Wenger memang mahu menjayakan perpindahan Sanchez ke MU kerana dia tahu, jika gagal dia bakal berdepan banyak masalah dengan pemain Peru terbabit.

Sebelum ini perpindahan Sanchez - ke Manchester City - telah gagal pada musim perpindahan lalu.

Lihat Komen
ADS