Wanita penakluk, atau ditakluk Ronaldinho

   

Ronaldo de Assis Moreira namanya.

Pemain bola sepak hebat dari Brazil itu memang selalu mempunyai gerakan menarik dan mengelirukan lawan di atas padang.

Selepas mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada bola sepak, kehidupan di luar padang Ronaldinho mula terkuak sedikit demi sedikit.

Selepas kira-kira 20 tahun menjadi pemain dan melakar pelbagai kejayaan Januari 2018 menjadi tarikh rasmi dia meletakkan tanda noktah dalam perjalanannya sebagai pemain bola sepak profesional.

Namun bakat Ronaldinho, 37, bukan saja hebat di atas padang.

Ronaldinho sebagai seorang lelaki juga penakluk wanita jelita.

Semakan melalui media menunjukkan ada sekurang-kurangnya 10 wanita lawa pernah menjadi pasangan Ronaldinho.

Berikut adalah antaranya:

  • Alexandra Paressant

Wanita Perancis ini mengaku menjadi pasangan Ronaldinho sepanjang tempoh dia bertarung mewakili Brazil dalam Piala Dunia 2006.

Kehangatan hubungan mereka membawa pasangan terbabit sentiasa bermesra setiap kali ada kesempatan. Salah satu lokasi mereka bercengkerama ialah di koridor hotel penginapan pasukan kebangsaan Brazil.

Justeru pengakuan Alexandra itu menimbulkan kemungkinan prestasi Ronaldinho kurang menyerlah sepanjang kejohanan berkenaan berlangsung.

Kejohanan berlangsung di Jerman itu menyaksikan Itali muncul juara, diikuti Perancis, tuan rumah dan Portugal.

  • Ximena Capriso

Wanita yang kini berusia 40 tahun ini seorang penyampai sukan kelahiran Argentina yang sering muncul di stesen televisyen setempat.

Kedua-dua mereka sempat menjalin hubungan yang mendalam sehinggakan disebut-sebut bakal berkahwin.

Namun akhirnya Ximena berkahwin dengan pelakon senegaranya, Gustavo Conti.

  • Janaina Nattielle Mendes

Tidak seperti jelitawan lain, Ronaldinho berkahwin dengan Janaina. Mereka menjadi pasangan suami isteri pada 2004 selepas bertemu dalam satu majlis di Domingao do Faustao, Brazil, pada 2002.

Hasil hubungan tersebut mereka mendapat seorang anak lelaki, Joao yang lahir kira-kira tiga tahun kemudian.

Pada 2007 Janaina mengemukakan tuntutan cerai di mahkamah. Hasil perbicaraan hakim memutuskan supaya 40peratus daripada pendapatan Ronaldinho mesti disalurkan kepada bekas isterinya itu sebagai nafkah.

  • Maria Jose Lopez

Ronaldinho menjadi kekasih gelap model dari Chile pada 2009 kerana ketika itu dia adalah teman wanita pemain bola sepak senegaranya, Luis Jimenez.

Jimenez semasa itu bermain untuk kelab West Ham United, sedangkan Ronaldinho mewakili AC Milan.

Maria pula berada di Milan, Itali, untuk mengembangkan bakatnya sebagai model.

Percintaan Maria - Ronaldinho sempat membuat hidup Jimenez tidak keruan untuk tempoh tertentu. Kemudian kisah cinta Maria dan Ronaldinho pun menjadi sejarah.

  • Jakelyne Oliviera

Wanita ini adalah juara ratu cantik Brazil pada 2013.

Hubungannya dengan Ronaldinho tersingkap selepas dia memuat naik gambar bersama pada Mac 2014 bagi meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Mengiringi gambar mereka berdua Ronaldinho menulis di Twitter: "Satu kucupan yang istimewa dalam hidupku."

Namun tidak lama kemudian media massa Brazil mendakwa sebenarnya Jakelyne turut bercinta dengan seorang lagi pemain antarabangsa negara itu, Kaka.

Kaka - yang turut menyatakan persaraannya baru-baru ini - ketika itu bermain untuk kelab Sao Paolo.

  • Jelena Markovic

Jelena ialah juara ratu cantik Serbia pada 2009. Mereka bertemu lalu tertarik antara satu sama lain di Dubai pada Nov 2015.

Namun hubungan terbabit bukan saja tidak bertahan sehingga membawa ke alam rumahtangga malah mungkin sekadar perkongsian ranjang untuk tempoh semalaman saja.

Hal itu kerana Jelena dan Ronaldinho hanya sekali dua saja dilihat bersama, dengan salah satu pertemuan itu dirakam ketika mereka sedang berpelukan.

  • Mariana de Melo

Pada 2007 mereka berpasangan dan membuat Ronaldinho sering menjadi 'petualang' kerana sering berulang-alik antara Sepanyol dan Argentina.

Ronaldinho ketika itu bermain bersama Barcelona manakala Mariana menetap di Argentina.

Kekerapan perjalanan itu turut membawa masalah kepada Ronaldinho kerana berkali-kali dia ponteng latihan.

Sebuah media Brazil - yang memetik pengakuan Mariana - mendakwa Ronaldinho seorang lelaki yang menarik, serta gila seks.

Apabila berjauhan, kata Mariana, Ronaldinho kerap meminta teman wanitanya itu mengirim gambar-gambar bogel.

  • Sara Tommasi

Selain ratu cantik atau model, selera Ronaldinho juga pernah mendekam ke arah pelakon video lucah.

Ronaldinho pula bukanlah satu-satunya pasangan Sara - kini berusia 36 tahun - untuk dijadikan teman hidup.

Selain Ronaldinho dia juga pernah dikaitkan dengan pemain Itali, Mario Balotelli, serta pemilik AC Milan dan bekas presiden Itali yang terkenal dengan sikap hidung belangnya, Silvio Berlusconi.

Untuk berlaku adil, bakat Ronaldinho sebagai pemain bola sepak memang sukar ditandingi.

Dia dianggap sebagai pemain terhebat dan paling licik pada eranya dengan kebolehan menjaringkan gol dalam pelbagai keadaan.

Selain berbisa sebagai penyerang Ronaldinho juga boleh bermain dengan baik di posisi sayap. Kedua-dua kakinya juga memiliki kemahiran yang seimbang.

Ronaldinho pernah memenangi anugerah pemain terbaik dunia pada 2004 dan 2005.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.