Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sanchez kini sah milik United
Diterbitkan:  Jan 23, 2018 11:33 AM
Dikemaskini: 7:04 AM

Penyerang Chile, Alexis Sanchez melengkapkan perpindahannya daripada Arsenal ke Manchester United dalam perjanjian yang turut menyaksikan mengikut pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan, mengikut pengumuman oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu, awal pagi ini.

Sanchez juga dipetik sebagai berkata beliau “teruja menyertai kelab gergasi dunia” apabila berpindah ke Manchester United.

“Saya gembira dapat menyertai kelab ini.

“Peluang bermain dalam stadium yang bersejarah dan bekerja bersama pengurus, Jose Mourinho adalah sesuatu yang tidak boleh saya tolak.

“Dalam masa sama saya amat bangga kerana menjadi pemain Chile pertama dapat menyertai United dan diharap saya mampu mempamerkan aksi terbaik bersama kelab ini,” katanya dalam laman web rasmi Manchester United

Sementara itu AFP melaporkan penyerang berusia 29 tahun itu yang menandatangani kontrak selama empat setengah tahun akan menjadi pemain dengan gaji termahal di Liga Perdana Inggeris.

Sanchez dilaporkan akan menerima gaji sebelum cukai sebanyak STG500,000 (RM2.75 juta) seminggu.

Pemain sayap dari Armenia Mkhitaryan, 29, sebaliknya akan menghala ke Stadium Emirates selepas tidak lagi menjadi pilihan pengurus United Jose Mourinho sepanjang 18 bulan di Old Trafford.

Sanchez menyertai Arsenal dengan bayaran STG31.7 juta (RM174.4 juta) pada 2014 selepas tiga tahun di Barcelona namun hubungannya dengan Gunners menjadi semakin keruh selepas dia cuba untuk menyertai City tahun lalu.

Lihat Komen
ADS