Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Maria 'main bola' sempena Piala Dunia
Diterbitkan:  Jan 26, 2018 5:04 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Apa pula projek Maria Ozawa dan Piala Dunia 2018?

Kurang dari lima bulan sebelum temasya bola sepak paling atas itu berlangsung, pesara filem dewasa dari Jepun dilihat melibatkan diri dengan suatu projek.

Aktres berusia 32 tahun itu memuat naik beberapa keping gambarnya bersama bendera negara Asean di Instagram semalam.

"Terima kasih kerana memilih saya," katanya mengiringi gambar-gambar berkenaan.

Bagaimanapun Maria berkata, dia agak keliru kerana tidak pasti negara manakah yang akan perlu disokongnya.

"Tapi sangat gembira menjadi sebahagian daripada projek ini!" katanya lagi.

Maria adalah salah seorang aktres filem porno paling dikenali ramai di dunia. Walaupun lahir di Jepun penampilannya tidak menunjukkan Maria seperti akres lain dari negara matahari terbit itu.

Ia dapat dijelaskan jika dilihat latar belakangnya. Maria mempunyai darah campuran Jepun dan Kanada. Dia juga dikenali dengan nama Miyabi.

Maria sudah bersara daripada industri filem dewasa. Dalam temubualnya dengan media Filipina pada 2015 dia mengaku tidak terbabit sama sekali dengan penggambaran filem porno sejak lima atau enam tahun sebelumnya.

Dia kini menetap di Filipina bersama teman lelakinya.

Piala Dunia kali ini adakan berlangsung di Russia, bermula secara rasmi pada 14 Jun. Sebanyak 32 pasukan bersaing di peringkat awal sebelum penentuan juada diadakan di Moscow pada 15 Julai.

Pasukan penyanyang - Jerman - diletakkan dalam kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan wakil Asia - Korea Selatan.

Negara kelahiran Maria pula berada dalam kumpulan H bersama Poland, Senegal dan Colombia.

Lihat Komen
ADS