Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Felcra FC pasang impian ke Liga Super 2019
Diterbitkan:  Jan 31, 2018 5:12 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Pendatang baharu Liga Premier 2018, Felcra FC memasang impian besar untuk layak beraksi dalam saingan Liga Super pada tahun hadapan.

Penaung Felcra FC, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya skuad 'The Rivals’ mengekalkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan yang dihadapi dalam saingan Liga Perdana, musim ini.

"Ini tidak mustahi kerana Felcra FC berjaya melahirkan beberapa nama yang berjaya mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jersi dan skuad Liga Perdana Felcra FC bagi musim 2018 di Wisma Felcra, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pengerusi Felcra Berhad itu yakin adunan pemain baharu dan berpengalaman di bawah bimbingan jurulatih baharu dari Brazil, Tarcisio Pugliese Barbulio, mampu membawa pasukanberkenaan meraih kejayaan pada musim ini.

Felcra FC, sebelum ini beraksi pada Piala FAM, dinaikkan ke Liga Premier musim ini selepas juara Piala FAM 2017, Sime Darby FC menarik diri daripada Liga Malaysia kerana kekangan kewangan.

Sementara itu, Barbulio yakin anak buahnya sudah bersedia membawa kejayaan pada musim ini dan mampu menampilkan aksi terbaik apabila membuka kempen dengan menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Berkongsi pandangan sama adalah kapten pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, yang bertekad membawa pasukan berkenaan beraksi buat julung kalinya pada saingan Liga Super 2019.

Beliau yakin pengurusan cemerlang serta adunan pemain baharu dan berpengalaman mampu membantu pasukan berkenaan untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan lain dalam Liga Premier

"Bagi saya, ia adalah satu cabaran hebat untuk saya selaku pemain berpengalaman membawa pasukan baharu untuk beraksi ke saingan Liga Super dan saya sedia sahut cabaran tersebut," jelas pemain pertahanan kebangsaan itu yang mengintai tiga mata berdepan PDRM.

Barisan Pemain Felcra FC 2018:

Penjaga Gol: Muhammad Syamim Othman, Mohamad Fadzley Abdul Rahim, Mohamad Yatim Abdullah.

Pemain Pertahanan: Muhammad Syahmi Azhar Saipol Bahri, Leonardo Moreira de Carvalho (Brazil), Muhammad Shahrom Abdul Kalam (kapten), Che Mohamad Arif Che Kamarudin, Zainudin Abidin, Mohd Fazliata Taib, Mohamad Fandi Othman, Mohd Arip Amiruddin, Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Alif Samsudin, Al Amin Abdullah

Pemain Tengah: Mohd Hazeman Ab Karim, Mohd Badrul Hisyam Morris, Dzulfahmi Abdul Hadi, Mohd Asrol Ibrahim @ Abdullah, Endrick Dos Santos Parafita (Brazil), David Laly (Indonesia), Ali Amirun Kamarudin, Ammar Akhmall Alias, Mohamad Farhan Mustafa

Mohammad Haziq Mu'iz Abdul, Mohamad Nor Ubaidullah Abd Rahman, Mohamad Rashid Mohamed Aya, Muhammad Lukman Hakim Zulkepli, Mohamad Hafiz Mohamad Ismail, Mohd Aznorayll Alazaman.

Penyerang: Mohd Firdaus Azizul, Muhammad Nazrul Kamaruzaman, Abdul Azim Rahim, Anselmo Arruda da Silva (Brazil). -Bernama

Lihat Komen
ADS