Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
F1 hentikan 'amalan janggal' guna gadis litar
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 11:58 AM
Dikemaskini: 4:31 AM

Formula Satu (F1) tidak akan lagi menggunakan perkhidmatan gadis litar dalam kejuaraan akan datang selepas merasakan amalan itu “janggal dengan norma masyarakat moden hari ini”.

“Kami tidak percaya amalan itu sesuai atau relevan untuk F1 dan peminatnya, baru atau lama, di seluruh dunia,” Pengarah Urusan Operasi Komersial F1 Sean Bratches dilapor sebagai berkata.

Penganjur acara itu berkata amalan yang sekian lama itu akan dihentikan dalam kejuaraan Mac depan di Melbourne, Australia, lapor The Guardian.

Gadis litar biasanya digunakan untuk memegang payung untuk pelumba dan mengiringi pemenang di atas pentas.

Mereka kadang kala berpakaian seksi dengan nama penaja dipamerkan pada pakaian.

Lihat Komen
ADS