Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
TRW idam pungut mata lawan Melaka United
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 10:32 PM
Dikemaskini: 2:35 PM

Penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kemenangan terhadap Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini, akan menjadi permulaan positif kepada skuad itu mengharungi Liga Super musim ini.

Beliau berkata kejayaan mendapatkan mata adalah penting dalam membentuk keyakinan dan momentum bagi menghadapi perlawanan seterusnya,

"Sekiranya mendapat tiga mata penuh, itu adalah bonus buat kami," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, rakan pasukanya tidak boleh melihat rekod kemenangan pada pertemuan musim lalu sebagai sandaran sebaliknya perlu berusaha gigih dalam mendapatkan kemenangan mahupun mengumpul satu mata.

“Kami tidak boleh mengambil mudah pada perlawanan itu, kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan mengikut semua taktikal serta arahan ketua jurulatih kami," tambahnya.

 

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS