Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Mohd Badri, Khairul Fahmi tak dapat beraksi kerana demam
Diterbitkan:  Feb 2, 2018 6:44 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Kelantan terpaksa melupakan khidmat dua pemain berpengalaman, ketua pasukan Mohd Badri Radzi dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang pasukan Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka, esok.

Ketua jurulatih Kelantan Sathit Bensoh berkata tahap kesihatan kedua-dua pemain itu kurang baik akibat demam sejak beberapa hari lalu.

"Kita mempunyai ramai pemain yang boleh mengisi kekosongan posisi tersebut dan saya yakin pemain yang diturunkan boleh menyempurnakan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan Kelantan sudah melakukan persiapan terbaik dan barisan pemain akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. -Bernama

Lihat Komen
ADS