Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Menang 3-0, jurulatih Shahzan Muda tetap belum puas
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 5:33 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Kemenangan 3-0 yang dicatat oleh skuad Shahzan Muda FC ke atas PIB FC pada pusingan pertama Piala FA di halaman sendiri malam tadi memberi suntikan semangat kepada mereka dalam mengharungi cabaran musim ini.

Ketua Jurulatihnya, Tajudin Nor berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan kendaliannya dan berharap mereka mampu beraksi secara konsisten dan meneruskan rentak kemenangan untuk pasukan.

"Saya berharap pemain dapat mengekalkan corak permainan yang baik di mana pada aksi malam ini kita lihat ia berubah-ubah.

“Dalam tempoh 10 minit kita mengawal permainan dan 10 minit kemudian kita menjadi kurang fokus, ini yang saya risau kerana kelekaan itu boleh mengakibatkan kita dihukum,” katanya kepada Bernama selepas tamat perlawanan.

Namun, secara keseluruhan beiiau gembira kerana pasukannya dapat menggunakan peluang sebaiknya untuk menghasilkan tiga gol dan mencatat kemenangan ke atas Selangor PIB.

Tajudin berharap skuad Shahzan Muda dapat melakar sesuatu apabila meneruskan saingan pusingan kedua Piala FA apabila menentang pasukan Liga Super, PKNP FC pada 3 Mac nanti.

"Ini merupakan satu pengalaman yang bagus apabila kita bakal bertemu pasukan yang kuat dan memiliki pemain import.

"Saya percaya pemain tidak akan mudah mengalah dan membuktikan kebolehan mereka untuk meneruskan kemaraan pasukan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS