Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
2 pemain Sarawak direman SPRM
Diterbitkan:  Feb 15, 2018 4:21 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Mahkamah hari ini membenarkan dua pemain bola sepak dan seorang individu lain diremah bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketiga-tiga mereka dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret Kuching pagi tadi.

Menurut laporan media majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan SPRM menahan mereka selama enam hari.

Orang awam yang ditahan itu, lapor Utusan Online, dipercayai bertindak sebagai bookie.

Ketiga-tiga mereka direman selepas disyaki menerima atau meminta suapan bagi mempengaruhi keputusan perlawanan.

Menurut portal itu ketiga-tiga direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Permohonan dibuat Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Tiada peguam mewakili ketiga-tiga suspek terbabit.

Lihat Komen
ADS