Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ketika Nike putuskan kontrak Pacquiao
Diterbitkan:  Feb 19, 2018 4:43 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Kemasyhuran yang dicapai petinju Filipina Manny Pacquiao hari ini tidak datang tanpa kontroversi. Salah satunya adalah apabila Pacquiao membuat kenyataan yang dianggap sebagai homofobia.

Kenyataan Pacquiao yang dibuat pada Februari 2016 itu menyebabkan Nike memutuskan kontrak penajaan terhadapnya.

"Apakah anda pernah melihat binatang dengan jenis kelamin sama mempunyai hubungan? Binatang pun boleh membezakan betina dan jantan. Sekarang, jika lelaki kahwin dengan lelaki dan wanita dengan wanita, apakah itu tidak lebih buruk dari binatang?" ucap Pacquiao wawancara stesen televisyen Filipina.

Selepas dikecam pengguna laman sosial, Pacquiao memohon maaf melalui Twitter beberapa jam kemudian

"Saya minta maaf kepada pihak yang sakit hati dengan perbandingan yang saya buat berhubung homoseksual dan binatang," katanya.

Tampil dengan baju putih berlogo Nike, Pacquiao turut memuat naik klip video permohonan maafnya di akaun Instagram.

Meskipun memohon maaf, Pacquiao menegaskan beliau tidak akan berganjak dari pendiriannya terhadap golongan gay dan homoseksual.

Akibatnya, syarikat penajaan sukan yang terkenal itu bertegas memutuskan kontrak dengan Pacquiao.

"Kami menganggap peryataan Pacquiao tersebut mengerikan," kata kenyataan media dari Nike.

Nike adalah salah satu penaja terbesar Pacquiao dengan jumlah tajaan AS$ 12 juta (RM46.7 juta) pada 2015.

Meskipun kalah dengan Floyd Mayweather, perlawanan pada Mei 2015 itu merupakan perlawanan dengan kutipan wang paling tinggi sehingga memecahkan rekod jualan tiket, tajaan dan siaran.

Sebagai juara lapan kali, Pacquiao merupakan individu dan ahli sukan paling terkenal di Filipina.

Beliau juga merupakan wakil rakyat bagi daerah Sarangani sejak Mei 2010 meski sering dikritik kerana gagal berada di kawasannya untuk menjalankan tugas.

Presiden Filipinan Duterte sebelum ini dilapor media negara itu sebagai berkata, beliau mahu Pacquiao menjadi presiden menggantikan tempatnya satu hari nanti.

Lihat Komen
ADS