Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
2 pemain S'wak, suspek bookie bebas dengan jaminan SPRM

Mahkamah Majistret Kuching hari ini membebaskan dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki dipercayai ‘bookie’ yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan Majistret Sandy Yvette Freddy dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur lingkungan 28 hingga 34 tahun sebelum ini direman enam hari bermula 15 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terlibat mengaturkan perlawanan antara Sarawak menentang Felcra FC pada 10 Feb.

Ketiga-tiga mereka diwakili masing-masing oleh peguam Ahmad Dzulfadli Abang Hamdan, Saifunnizam Sam dan Irawan Sudarsono manakala SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS