Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Peluang peminat MU raikan #ILoveUnited
Diterbitkan:  Feb 22, 2018 11:25 PM
Dikemaskini: 3:28 PM

Pasukan bola sepak EPL, Manchester United buat julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia bulan depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab berkenaan bagi membolehkan penyokong mereka berkumpul dan menyaksikan siaran langsung beramai-ramai.

"#ILOVEUNITED akan berlangsung pada Sabtu 10 Mac di Berjaya Times Square ketika Manchester United bertemu Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

"Acara eksklusif seperti ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakannya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong," kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya lagi duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin serta legenda kelab berkenaan, David May, akan hadir untuk bertemu peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan.

Penonton akan turut disajikan dengan acara hiburan dan peraduan. Mereka berpeluang memenangi perjalanan kelas VIP ke Old Trafford.

Di samping itu, melalui acara berkenaan peminat di seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk memuat naik gambar dan video bersorak untuk pasukan mereka.

Acara #ILOVEUNITED adalah percuma kepada semua dan peminat pasukan Manchester United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd.com/iloveunited sebelum 12 tengah malam pada 4 Mac.

Setiap permohonan akan diundi dan tiket dikeluarkan secara rawak.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel tidak lewat dari 6 Mac.

Bagi peminat yang mendaftar secara rasmi sebagai anggota kelab penyokong Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS