Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bagi pihak Wanita Pakatan Harapan, saya menyambut gembira kesediaan Puan Maria Chin Abdullah untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 yang akan datang bagi mewakili Pakatan Harapan.

Penyertaan aktif beliau dalam politik kelak akan menaikkan semangat ramai pendukung gerakan rakyat kerana beliau adalah antara sosok pemimpin yang amat diperlukan oleh Malaysia - seorang reformis, adil dan bersih untuk rakyat.

Puan Maria mewakili kelompok yang dahagakan perubahan dan merasakan desakan hebat bahawa pentingnya ketelusan dan tata kelola kerajaan yang baik.

Dengan pengalaman lalu beliau melalui platform BERSIH, Maria telah membuktikan bahawa dirinya layak memimpin dan mewakili suara rakyat.

Pemimpin yang terbukti ampuh dan berkredibiliti seperti Maria akan dapat meningkatkan penyertaan wanita di Parlimen dan saya yakin ia turut bakal mengangkat perjuangan wanita ke aras yang lebih tinggi.

Beliau juga merupakan seorang yang popular dan dikenali ramai.

Dengan pengalaman perjuangan yang panjang termasuk disiasat pihak berkuasa; beliau dan keluarga juga pernah menerima ugutan bunuh selain ugutan-ugutan lain.

Maka, Maria telah membuat pilihan yang tepat untuk melangkah setapak lagi dalam arena politik dan sekali lagi tahniah saya ucapkan atas manifestasi keberanian beliau ini.


ZURAIDA KAMARUDDIN ialah ketua Wanita PKR, ketua Wanita Pakatan Harapan dan anggotap arlimen Ampang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS