Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kafa rayu kurangkan denda RM1.5 juta
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 11:28 PM
Dikemaskini: 3:35 PM

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan rayuan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bagi mengurangkan hukuman denda RM1.5 juta yang dikenakan terhadap persatuan itu.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan tersebut dalam masa terdekat kepada FMLLP.

"Jumlah denda itu sangat besar kepada kami terutamanya ketika keadaan kewangan persatuan tidak stabil berikutan KAFA tidak dibantu mana-mana pihak berkaitan kewangan bagi pengurusan pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Kelantan antara empat pasukan Liga Super yang dikenakan denda RM1.5 juta selepas gagal melengkapkan pendaftaran bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Selain Kelantan, tiga lagi pasukan Liga Super yang dikenakan hukuman sama ialah Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC manakala enam pasukan Liga Perdana - Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC, masing-masing perlu membayar denda RM500,000 atas kesalahan sama. -Bernama

Lihat Komen
ADS