Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Najib ‘menganjing’ peminat Liverpool lagi
Diterbitkan:  Mar 13, 2018 1:17 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyemarakan lagi kedukaan penyokong Liverpool yang tewas, 1-2 kepada Manchester United Sabtu lalu dengan berkata, pasukan bimbingan Jürgen Klopp itu ibarat ‘History Chanel’.

Sebaliknya, beliau mengakui meminati gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United disebabkan ‘stail’ para pemainnya.

“Bagi saya kalau hendak tengok Liverpool macam kita tengok ‘History Chanel’.

“Kalau tanya saya kenapa minat Manchester United, sebabnya saya tertarik dengan gaya permainan dan para pemainnya,” kata Najib pada majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Ulu Pauh, Arau hari ini.

Pada majlis itu Najib juga mendedahkan bahawa anaknya adalah peminat Liverpool manakala dirinya pula adalah penyokong setia Mancheter United.

Pada perlawanan Liga Inggeris Sabtu lalu, Liverpool tumpas dengan jaringan 2-1. Gol tunggal pasukan diperolehi melalui Eric Bertrand Bailly pada minit ke-66 yang menjaringkan gol sendiri.

Sebagai rekod, ini bulan kali pertama, Najib ‘menganjing’ penyokong Liverpool. Pada Disember tahun lalu, beliau berkata, dirinya "sakit jiwa" apabila ada pihak mendedikasikan sokongan dengan ungkapan "you will never walk alone".

Slogan bagi Manchester adalah “We Are United dan Glory Glory MU”.

Lihat Komen
ADS