Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Piala FA: Tok Gajah singkir juara bertahan, Kedah

Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

Pada aksi pusingan ketiga di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini, jaringan tunggal pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-45, membantu skuad kendalian Dollah Salleh melangkah ke peringkat lapan terakhir.

Ia pasti menjadi satu kemenangan manis kepada skuad Tok Gajah, selepas tewas 3-2 kepada skuad Hijau Kuning pada perlawanan akhir edisi 2017 di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, jaringan hatrik pemain prolifik muda negara, Safawi Rasid pada minit ke-11, 41 dan 72 membantu juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke suku akhir dengan menewaskan UiTM FC 3-2 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Pasukan universiti itu pula merapatkan jurang menerusi pemain import dari Argentina, Lucas Ramon pada masa kecederaan babak pertama dan Faiz Mohd Bandong pada minit terakhir perlawanan.
 

-Bernama

Lihat Komen
ADS