Malaysia terikat seri dengan Mongolia

   

Perlawanan Persahabatan skuad kebangsaan Malaysia dan Mongolia yang bertemu malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, berakhir dengan kesudahan jaringan seri 2-2, lapor Bernama.

Skuad Mongolia kendalian jurulatih kelahiran Jerman, Micheal Weiss itu bolos gawangnya pada minit ke 31 akibat gol sendiri kapten pasukan Turbaat Daginaa.

Namun, Mongolia menyamakan kedudukan dengan jaringan Enkhbileg Purevdorj pada minit ke 42, sebelum Malaysia kembali mendahului kedudukan dengan jaringan pemain Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke 65.

Bagaimanapun, Mongolia menyamakan kedudukan seri 2-2 sama melalui jaringan gol Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv pada minit ke 71.

Kedudukan kekal tidak berubah sehingga ke wisel penamat.

Skuad Harimau Malaya diwakili Muhammad Haziq Nadzli, Matthew Davies, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Adam Nor Azlin, Safiq Rahim (C) (Muhammad Nazmi Faiz Mansor), Ahmad Hazwan Bakri(Muhammad Syafiq Ahmad), Muhammad Safawi Rasid (Wan Zack Haikal Wan Nor), Mohd Afiq Fazail, Natxo Insa Bohigues, Muhammad Fazly Mazlan (Muhammad Ariff Farhan Mat Isa), Mahalli Jasuli (Muhammad Akhyar Abdul Rashid).

Manakala Mongolia pula diwakili Munkh-Erdene Enkhtaivan, Munkh-Orgil Orkhon, Turbaat Daginaa (C), Sundorj Janchiv, Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv, Tugsbileg Batbold (Gal-Erdene Soyol-Erdene), Oyunbaatar Otgonbayar, Enkhbileg Purevdorj, Davaajav Battur (Baljinnyam Batbold), Munkh-Erdene Tsagaantsooj(Bayarjargal Oyunbat), Tsedenbal Norjmoo.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.