Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Ibarat 'harimau', TMJ letak jawatan presiden FAM
Diterbitkan:  Mar 25, 2018 3:28 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

"Saya ibarat seekor harimau yang tidak patut berkhidmat untuk kambing biri-biri. Kerana harimau dan kambing biri-biri tidak boleh duduk bersama.
Harimau kena berkhidmat kepada harimau.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding.

"Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

Dengan pengumuman itu bermakna genap setahun Tunku Ismail memimpin badan induk bola sepak tersebut selepas dilantik ke jawatan itu pada 25 Mac tahun lalu.

Terdahulu, Tunku Ismail pertengahan bulan ini membayangkan hasrat melepaskan jawatan sebagai presiden FAM selepas kecewa dengan segelintir pihak yang menyalahkan beliau berikutan kejatuhan ranking pasukan negara.

Susulan itu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata khidmat Tunku Ismail masih diperlukan badan induk bola sepak itu.

Untuk rekod berdasarkan ranking, Malaysia berada di kedudukan 178 dunia pada masa ini.

Sementara itu, surat peletakan jawatan diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, Tunku Ismail secara rasmi dilantik menjadi Pengerusi FMLLP berkuat kuasa hari ini.

Katanya, FMLLP juga akan melalui proses penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Malaysia Football League (MFL).

"MFL dan FAM kini merupakan dua institusi yang tidak berkait, di mana Tunku Ismail sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi MFL," ujarnya.

 

 

Lihat Komen
ADS