Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ozil paling digeruni pengurus Atletico Madrid
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 11:02 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone menyebut penyerang Mesut Ozil sebagai antara ancaman paling digeruninya dalam pertembungan pagi ini di Emirates bagi peringkat separuh akhir Liga Europa.

Menurut pengurul kelahiran Argentina itu, Ozil merupakan pemain yang menentukan corak permainan The Gunners.

"Ozil mempunyai pemerhatian yang menakjubkan, dia tentukan kelajuan corak permainan rakan sepasukannya, dia boleh buat rakan-rakannya bertukar corak permainan yang lebih laju kalau dia mahu," kata Simeone seperti dilapor portal sukan UK.

Selepas tidak diturunkan dalam perlawanan menentang West Ham kerana kecederaan sebelum ini, Ozil dijangka membarisi barisan penggempur Arsenal untuk memastikan mata penuh di Emirates.

Justeru, Simeone mengingatkan anak buahnya agar tidak membiarkan Ozil menentukan tempo permainan.

Arsenal menyasarkan untuk memenangi Liga Europa sebagai hadiah untuk pengurus mereka Arsene Wenger yang pada minggu lalu mengumumkan akan berundur selepas 22 tahun bersama kelab bola sepak itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS