'The Cops' tewaskan Terengganu FC 11

       

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ketiga Liga Premier setelah mengatasi Terengganu FC II (TFC II) 2-1 pada aksi tunggal liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad 'The Cops’ berkongsi 18 mata dengan Felcra FC, namun Felcra FC berada di tangga kedua menerusi perbezaaan jaringan.

Pada aksi malam ini, pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi percubaan daripada luar kotak penalti oleh pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake pada minit ke-74.

Pasukan tuan rumah, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan  menerusi pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu pada minit ke-85.

Namun, pemain import dari Korea Selatan, Sim Woon Sub memusnahkan harapan pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan PDRM pada penghujung babak perlawanan setelah memanfaatkan keadaan kelam kabut dalam kawasan kotak penalti pasukan tuan rumah.

Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, J. Suresh.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.