Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Piala Dunia: Rusia bimbang wanita tempatan ‘main’ dengan lelaki asing
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 11:23 AM
Dikemaskini: 8:47 AM

Wanita Rusia perlu mengelakkan hubungan seks dengan lelaki asing bukan kulit putih semasa perlawan Piala Dunia kerana hidup mereka boleh berakhir sebagai ibu tunggal kepada anak kahwin campur, kata anggota parlimen kanan di Moscow.

Ketua jawatankuasa parlimen bagi hal ehwal keluarga, wanita dan kanak-kanak parlimen Rusia Tamara Pletnyova berkata kanak-kanak berdarah campuran  biasanya berdepan masalah diskriminasi susulan warna kulit mereka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di sebuah stesen radio berkaitan “Anak-anak Olimpik” selepas kejohanan di Moscow pada 1980, lapor Reuters.

Anak-anak Olimik merujuk kepada zuriat yang lahir hasil hubungan seks dengan lelaki Afrika, Amerika Latin atau Asia, yang kemudian berdepan masalah diskriminasi di era Soviet.

Beliau bagaimanapun berkata mahu rakyat Rusia berkahwin dengan sesiapa pun “atas dasar cinta tidak kira warna kulit”.

Ribuan peminat bola sepak akan ke Moscow menjelang upacara pembukaan Piala Dunia 2018 yang akan bermula hari ini

Lihat Komen
ADS