Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Jepun teruskan kejutan Piala Dunia 2018
Diterbitkan:  Jun 20, 2018 12:01 AM
Dikemaskini: 4:08 PM

PIALA DUNIA 2018 | Jepun mencipta satu lagi kejutan dalam Piala Dunia edisi kali ini dengan menewaskan Colombia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H malam ini.

Terdahulu, Iceland mengecewakan Argentina dengan keputusan seri 1-1, Switzerland mengikat Brazil dengan jaringan sama manakala Mexico menewaskan Jerman 1-0.

Dan itu baru perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Memetik Reuters, ia sekaligus menjadikan Jepun sebagai pasukan Asia pertama yang menewaskan pasukan dari Amerika Selatan - yang memang terkenal dengan tradisi bola sepaknya - dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Namun kejayaan itu 'dibantu' oleh pemain tengah Carlos Sanchez yang dilayangkan kad merah seawal minit ketiga apabila menggunakan tangannya untuk menghalang bola di kotak penalti.

Jepun dianugerahkan sepakan penalti ekoran tindakan itu dan disudahi oleh pemain tengah Shinji Kagawa.

Juan Quintero kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma sebaik sebelum tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Jepun terus mengasak Colombia dan Yuya Osako berjaya menandukkan gol kemenangan buat Jepun pada minit ke-73.

Dua lagi negara dalam Kumpulan H adalah Poland dan Senegal.

Lihat Komen
ADS