Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Aktivis wanita Iran dihalang protes di Piala Dunia
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 10:46 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Seorang aktivis wanita Iran dihalang membawa sepanduk dan disekat memasuki stadium pada perlawanan Piala Dunia di Rusia selepas aksi protesnya sebelum itu menjadi tajuk utama antarabangsa.

Maryam Qashqaei Shojaei berkata dia ditahan selama dua jam oleh pegawai keselamatan di stadium utama di Kazan menjelang perlawanan antara Iran dan Sepanyol, setelah merancang menayangkan sepanduk bagi membantah larangan Iran terhadap wanita daripada memasuki stadium.

"Apabila saya cuba masuk dengan sepanduk, pegawai keselamatan kata tidak boleh membenarkannya.

"Saya tunjukkan mereka saya telah mendapat kelulusan. Mereka mencari saya dan menahan saya selama dua jam serta mengambil sepanduk," katanya, lapor Reuters.

Anton Lisin, jurucakap Jawatankuasa Penyelenggara Tempatan Piala Dunia Rusia (LOC), berkata beliau sedar kejadian yang melibatkan Shojaei tetapi tidak mempunyai maklumat lanjut.

Seorang jurucakap FIFA berkata badan pentadbir bola sepak dunia seperti pihak LOC dan pihak berkuasa keselamatan Rusia sedang mengkaji perkara itu.

"Kami boleh mengesahkan bahawa sepanduk yang menyokong kehadiran wanita di stadium di Republik Islam Iran telah diluluskan oleh FIFA dan LOC melalui prosedur rasmi menjelang Piala Dunia FIFA 2018 dan telah dipaparkan dalam perlawanan Maghribi menentang IR Iran di Saint Petersburg," jurucakap itu berkata menerusi e-mel.

Sementara itu dalam perkembangan lain polis Britain pada Rabu berkata mereka sedang menyiasat imej peminat bola sepak England yang membuat isyarat Nazi dalam sebuah bar di bandar Volgograd ketika pertemuan England menentang Tunisia pada Isnin lalu.

Video yang dikongsi secara meluas di media sosial itu menunjukkan tiga peminat mengangkat tangan sebagai tanda penghormatan dan menyanyikan lagu anti-Semitik serta teriakan "Sieg Heil".

"Tingkah laku yang menjijikkan yang dilihat dalam video ini tidak dapat diterima," kata Detektif Superintendan Caroline Marsh dari Britain yang menyiasat perkara itu.

Lihat Komen
ADS