Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Polis siasat penyokong England buat 'tabik Nazi'
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 11:26 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Polis British sedang menyiasat gambar penyokong bola sepak England membuat 'tabik Nazi' yang diharamkan di Volgograd, Rusia – tempat England melawan Tunisia, Isnin lalu.

Video itu, yang dikongsi meluas di media sosial, menunjukkan penyokong itu membuat gaya itu sambil menyanyikan lagu anti-Semitik dan melaungkan slogan Nazi.

“Tingkah laku dibenci yang dilihat dalam video itu tidak boleh diterima sama sekali dan tidak akan ditolak ansur,” kata Detektif Supretendan Caroline Marsh yang mengetuai siasatan British semasa Piala Dunia berlangsung.

“Pasukan penyiasat di UK sudah membuat permintaan segera untuk mengenal pasti pihak terlibat dan berhasrat mengambil tindakan sesuai terhadap mereka.”

Persatuan Bola Sepak Inggeris pula mengecam keras tindakan pihak dalam video itu, lapor Reuters.

Lihat Komen
ADS