Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Cabaran getir Messi, Argentina mungkin tersingkir
Diterbitkan:  Jun 22, 2018 12:22 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Pada perlawanan pertama Piala Dunia 2018, Argentina hanya beroleh seri dengan Iceland.

Manakala itu, kemenangan kedua yang diraih Croatia selepas menang 2-0 ke atas Nigeria, akan dapat memastikan pasukan itu melayakkan ke peringkat seterusnya, selepas saingan dalam kumpulan D berakhir.

Perlawanan Argentina-Croatia itu berakhir tanpa gol pada separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Croatia kelihatan menguasai permainan.

Croatia mendapatkan gol pertama pada minit ke-53 setelah Ante Rebic melakukan tendangan voli menewaskan penjaga gol Argentina, Willy Caballero.

Luka Modric pula menjaringkan gol kedua pada minit ke-80 hasil tendangan dari luar kotak penalti dan gol ketiga Croatia didapatkan daripada rembatan Ivan Rakitic yang mengambil peluang pertahanan Argentina yang lemah.

Bintang Barcelona Messi

Argentina yang menurunkan bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai kapten skuad itu gagal menyekat kemaraan Croatia.

Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli berkata Messi tidak patut dipersalahkan kerana keadaan skuad itu sendiri yang tidak membantu pemain itu, lapor The Guardian.

"Saya mohon maaf kepada peminat bola sepak. Saya yang bertanggungjawab," kata Sampaoli mengulas kritikan media Argentina terhadap Messi berhubung kekalahan itu.

Sampaoli juga dikritik kerana memilih penjaga gol Willy Caballero, menggantikan Sergia Aguero.

Pada perlawanan pertama dengan Iceland, Messi terlepas jaringan penalti.

Kini, Argentina berhadapan laluan sukar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, meskipun menang besar dalam perlawanan akhir Kumpulan D menentang Nigeria pada Selasa minggu depan.

Sementara, peluang Iceland semakin cerah jika pasukan itu dapat mengalahkan Nigeria ketika perlawanan keduanya dalam Kumpulan D pada Jumaat ini. Anak buah jurulatih Heimir Hallgrimsson itu hanya memerlukan seri dengan Croatia pada perlawanan akhir kumpulan.

Lihat Komen
ADS