Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Denmark layak ke pusingan 16 pasukan terbaik
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 12:18 AM
Dikemaskini: 4:23 PM

Denmark layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia selepas seri 0-0 dengan Perancis yang memenangi Kumpulan C.

Keputusan ini memberikan harapan kepada Australia yang tewas kepada Peru 0-2 dalam perlawanan kumpulan yang sama malam ini, lapor The Guardian.

Kedua-dua Perancis dan Denmark sedar keputusan seri mencukupi untuk melayakkan kedua-dua pasukan itu ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Penyerang Perancis Olivier Giroud gagal melakukan penyudah yang baik pada separuh masa pertama. Corak permainan kekal sama pada separuh masa kedua.

Keputusan ini bermakna Perancis akan berhadapan dengan pasukan yang mendapat tempat kedua dalam Kumpulan D, iaitu sama ada Iceland, Argentina atau Nigeria.

Manakala Denmark dijangkakan bertemu Croatia yang masih belum pasti kedudukannya di tangga teratas Kumpulan D tetapi hanya memerlukan seri melawan Iceland bagi menjuarai kumpulan itu.

Argentina pula bakal berhadapan dengan Nigeria di St Petersburg dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Manakala itu, Peru mencatat kemenangan pertama dalam perlawanan Piala Dunia sejak 1978 dengan menewaskan Australia dalam perlawanan terakhir kejohanan untuk kedua-dua pasukan Kumpulan C ini.

Australia perlu mengalahkan Peru yang sudah tersingkir dan berharap Perancis mengalahkan Denmark masuk ke pusingan 16 pasukan terbaik, tetapi pasukan Amerika Selatan itu menyukarkan laluan itu melalui suatu tendangan voli 15-meter yang rendah daripada Andre Carrillo.

Peru telah lapan kali masuk bertanding dalam Piala Dunia tanpa sebarang kemenangan semenjak pasukan itu mengalahkan Iran 4-1 pada 11 Jun, 1978.

Kemenangan Peru malam ini merupakan yang kelima dalam sejarah pasukan itu di Piala Dunia.

Lihat Komen
ADS