Begitulah bola itu bulat, juara bertahan Jerman tersingkir daripada persaingan Piala Dunia apabila tewas 2-0 dalam perlawanan kelayakan ke pusingan 16 pasukan terbaik.
Seperti kiamat dan stadium gamat ketika Younggwon Kim menjaringkan gol pertama Korea Selatan pada masa tambahan di minit 92.
Tidak cukup dengan itu dan lebih menyeksakan Jerman beberapa ketika kemudian pada minit ke-96, Son Heungmin menjaringkan gol kedua Korea Selatan.
Kemenangan bermakna Korea Selatan malam ini sebenarnya memang idaman Jerman tetapi yang sebaliknya berlaku.
Jerman memerlukan kemenangan ke atas Korea Selatan dengan hanya dua gol sahaja dalam perlawanan akhir Kumpulan F di Stadium Kazan bagi melayakkan pasukan itu ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia.
Korea Selatan tebus maruah
Bagaimanapun, dengan kemenangan ini Korea Selatan dapat menebus maruahnya yang sememangnya sudah terkeluar daripada saingan Piala Dunia.
Perlawanan malam ini cukup memalukan pasukan bimbingan jurulatih Joachim Low itu.
Manakala itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F di Stadium Ekatrinburg, Sweden mengalahkan Mexico 3-0.
Namun demikian, kedua-dua pasukan dapat melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya dengan kekalahan Jerman kepada Korea Selatan.
Mexico mendapat mata melalui jaringan Ludwig Augustinsson pada minit ke 50, Andreas Granqvist 62 dan Anson Alvarez pada minit ke 74 permainan.
Dalam Piala Dunia 2018 ini, Jerman menjadi pasukan ke-empat yang tersingkir pada peringkat kumpulan. Sebelum ini pasukan Perancis pada 2002, Itali pada 2010 dan Sepanyol pada 2014
