Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Lamanya Neymar terbaring menggelupur di atas padang
Diterbitkan:  Jul 5, 2018 10:07 PM
Dikemaskini: 2:42 PM

PIALA DUNIA 2018 | Neymar diakui salah seorang pemain paling diperhatikan sepanjang tempoh Piala Dunia berlangsung di Russia sekarang.

Selain kemahirannya 'menggentel' bola, kelaku penyerang Brazil dan Paris Saint-Gemain itu di atas padang juga mudah mengundang kemarahan.

Semuanya gara-gara aksinya setiap kali dikasari.

Justeru ada pihak tertentu mempersenda Neymar, 26, dengan pelbagai cara, termasuk melalui ubah suai pada klip video.

Pemain kelahiran Mogi das Cruzes itu memang memiliki kemahian tinggi sebagai pemain bola sepak. Justeru kelab bola sepak antarabangsa meletakkan harga yang tinggi untuk mendapatkannya.

Namun apa yang selalu membuat orang ramai menyampah ialah 'drama' yang dipersembahkannya. Biasanya bentesan yang sedikit cukup untuk membjat Neymar meraung seolah-olah mengalami kesakitan yang amat sangat.

Untuk makluman semua, sebuah stesen TV Switzerland, RTS, membuat pemerhatian ke atas Neymar pada saingan Piala Dunia kali ini.

Mengikut catatan mereka, daripada semua perlawanan yang disertai Neymar, dia menghabiskan masa kira-kira 13 minit 50 saat hanya untuk terbaring, berguling-guling atau meraung di atas padang.

Itu adalah kiraan setakat ini, dan tidak termasuk perlawanan antara Brazil menentang Belgium pada awal pagi Sabtu ini.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu di peringkat suku akhir.

Seorang penulis sukan akhbar The Guardian, Paul Doyle, berkata jika waktu ketua pasukan Liverpool Jordan Henderson dan pertahanan Leicester City terbaring kesakitan digabungkan pun, Neymar tetap unggul dengan sembilan saat lebih lama daripada mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS