Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
PM ucap tahniah misi menyelamat Gua Tham Luang
Diterbitkan:  Jul 11, 2018 6:28 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa Thai atas usaha berani menyelamatkan 12 remaja serta jurulatihnya semalam.

"Bagi pihak semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para penyelamat dan pihak berkuasa Thai atas tindakan berani serta luar biasa dalam menyelamatkan 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka semalam.

"Kami gembira misi menyelamat itu berjaya sepenuhnya dan remaja berkenaan yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, kini boleh kembali bersama keluarga mereka," kata Dr Mahathir dalam suatu hantaran di Facebook.

Semalam, kesemua mangsa yang terangkap berjaya dikeluarkan secara selamat dari gua Tham Luang Nang Non. Setiap mereka dikeluarkan dari gua itu oleh penyelam pakar.

Mereka terperangkap dalam gua itu akibat banjir lebih dua minggu lalu.

Bintara Muda Saman Gunan

Dr Mahathir juga mengulas pengorbanan bekas Bintara Muda Tentera Laut Diraja Thai Saman Gunan yang meninggal dunia dalam operasi menyelamat itu dalam perjalanan pulang keluar dari gua selepas menghantar bekalan tangki oksigen.

"Misi itu bukan tanpa pengorbanan. Ingatan kami buat Bintara Muda Tentera Laut Diraja Thai Samarn Gunan yang kehilangan nyawanya dengan tragis ketika menghantar bekalan tangki oksigen ke dalam gua ketika misi berkenaan.

"Perbuatannya yang sungguh berani itu akan terpahat dalam ingatan semua warga Thai dan warga dunia yang mengikuti perkembangan episod itu. Takziah kami kepada keluarga dan teman-temannya," katanya.

Ketua misi mencari dan menyelamat, Gabernor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn berkata operasi berkenaan merupakan "pasukan bangsa-bangsa bersatu."

Ia melibatkan sukarelawan dari United Kingdom, China, Myanmar, Laos, Australia, Amerika Syarikat, Japan dan beberapa negara lagi.

Pakar penyelam gua dari seluruh dunia meletakkan nyawa mereka dalam risiko dengan memasuki gua tersebut untuk menyelamatkan remaja dan jurulatih berkenaan.

Jemputan saksikan Piala Dunia

Sebelum ini, Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, telah mengundang remaja dan jurulatih bola sepak berkenaan ke Moscow, jika keadaan mengizinkan bagi menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018.

"FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” kata Infantino dalam surat itu.

Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak 'Wild Boar’ (Mu Pa) dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang 'pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’.

Final Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.

Lihat Komen
ADS