Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
TMJ terima mengadap Syed Saddiq
Diterbitkan:  Jul 13, 2018 4:23 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menerima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman di Istana Pasir Pelangi, Johor Bharu.

Melalui kemas kini Facebook Johor Southern Tigers, selain Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Syed Saddiq dan Zaiton adalah isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Kemas kini di laman sosial itu turut memaklumkan pertemuan antara Syed Saddiq dan Tuanku Ismail bagi memberikan serta berkongsi pandangan mengenai sukan dan projek belia di negeri Johor.

Tunku Ismail juga difahamkan turut membincangkan mengenai isu-isu semasa terutama dari aspek kesukanan.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial Johor Southern Tigers menyaksikan Syed Saddiq bersalaman dan berbual bersama Tunku Ismail selain membuat tinjauan di beberapa lokasi.

Sementara itu, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menulis di Facebook selepas acara itu, mengucapkan tahniah kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) buat musim kelima berturut-turut sejak 2014.

"‪Tahniah kepada JDT kerana menjuarai Liga super kali ke-5 berturut turut dan akan mewakili Malaysia ke Liga Juara juara Asia!‬" katanya.

Dalam perkongsian itu, Syed Saddiq yang juga anggota parlimen Muar berasa bangga kerana dipandu oleh "pemandu termahal di dunia".

"Meminta nasihat mengenai bagaimana untuk meneruskan masa depan bola sepak Malaysia dari lelaki ini yang merupakan pemandu paling mahal di dunia," katanya yang turut memuat naik gambar bersama Tunku Ismail ketika berada dalam kenderaan baginda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS