Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Apakah kasut emas milik Kane?
Diterbitkan:  Jul 14, 2018 8:54 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

PIALA DUNIA 2018 | Walaupun England hanya turun memburu tempat ketiga, penyerangnya - Harry Kane pastinya mahu membawa pulang sesuatu kenangan peribadi dari Piala Dunia 2018.

Dengan koleksi enam gol sepanjang perlawanan di Rusia itu, pemain 24 tahun itu dilihat mempunyai peluang besar untu membawa pulang kasut emas.

Skuad The Three Lions akan berdepan Belgium, malam ini bagi penentuan tempat ketiga dalam aksi di Stadium Saint Petersburg.

Mengakui perlawanan itu bukanlah kesudahan yang diinginkan, namun dia tetap bertekad untuk melakukan yang terbaik.

"Persaingan tempat ketiga bukanlah perlawanan yang kami mahukan. Tetapi kami akan cuba pamerkan aksi terbaik dan selesaikan perlawanan sebaik mungkin," katanya dipetik sebagai berkata.

Justeru, jika berjaya menyumbang gol buat pasukannya, bintang Tottenham Hotspur itu mempunyai peluang untuk meraih kasut emas.

Dengan mengumpul enam gol, Kane disaingi penyerang Belgium, Romelu Lukaku yang mengumpul empat gol.

Penjaring terbanyak:

Enam gol - Harry Kane (England)
Empat gol - Romelu Lukaku (Belgium), Denis Cheryshev (Rusia), Cristiano Ronaldo (Portugal)
Tiga gol - Artem Dyzuba (Rusia), Antoine Griezmann (Perancis), Yerry Mina (Colombia), Diego Costa (Sepanyol), Edinson Cavani (Uruguay), Kylian Mbappe (Perancis).

Lihat Komen
ADS