Pacquiao buat Matthysse melutut di gelanggang
Diterbitkan: Jul 15, 2018 12:52 PM | Dikemas kini: Jul 15, 2018 12:54 PM
Petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao, mewaskan Lucas Matthysse dari Argentina menerusi kalah mati teknikal (TKO) pada pertarungan Fight of Champions di Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
Dengan kemenangan itu, petinju berusia 39 tahun yang dikenali dengan gelaran Pacman itu meraih tali pinggang welterweight Persatuan Petinju Dunia (WBA).
Dia mengalahkan atlet bergelar The Machine yang terkenal dengan serangan agresifnya itu.
Susulan itu, Pacquiao kini mengumpul 60 kemenangan (dengan 39 daripadanya secara KO), tujuh tewas dan dua seri, manakala Matthysse, 35, mencatatkan 39 kemenangan (36 KO) dan lima tewas.
- Bernama

