Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan

WAWANCARA | Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bukanlah orang asing dalam sukan bola keranjang negara. Malah beliau digelar 'menteri bola keranjang' ketika timbul desas-desus beliau akan kembali menyertai kabinet.

Beliau mendapat sorotan media apabila mengujakan orang ramai dengan menunjukan kemahiran teknik reverse lay-up bersama Setiausaha Luar Filipina, Alan Cayetano pada kejohanan 4th Asian University 3X3 Basketball Championship di Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.

"Saya melakukan beberapa shooting dan lay-up bersama setiausaha luar Filipina tetapi itu cuma untuk suka-suka, namun bukanlah luar biasa menggunakan sukan (sebagai usaha diplomasi).

"Sukan memiliki peranannya dalam menyemai perpaduan, memelihara beberapa sifat-sifat positif manusia. Demikian juga, saya fikir, sukan memiliki peranan dalam diplomasi. Kita perlu ingat diplomasi bukan sekadar (hubungan) antara kerajaan dengan kerajaan, ia juga mengenai hubungan sesama warga," kata Saifuddin kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif di pejabat beliau.

Beliau sememangnya peminat tegar sukan bola keranjang. Ketika menjawat timbalan menteri pendidikan tinggi dalam pentadbiran terdahulu, Saifuddin menyokong kuat sukan berkenaan.

Beliau turut menyertai acara perlawanan persahabatan 'YB can jump' 3-on-3 event pada 2011 dalam perlawanan menentang pasukan bola keranjang Malaysiakini.

Saifuddin antara sekelompok kecil pelajar Melayu di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang memilih bola keranjang sebagai sukan pilihannya. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas pada 1980.

Saifuddin juga seorang peminat kelab NBA, Los Angeles Lakers dan Chicago Bulls.

Mengulas kejadian peminat Indonesia menyerang pasukan bola sepak Malaysia dengan batu dan botol, Saifuddin menjelaskan kadangkala acara sukan boleh menjadi tidak keruan.

Pasukan bola sepak negara menang perlawanan separuh akhir menentang pasukan tuan rumah dalam Piala AFF Bawah-19 di Stadium Gelora Delta di Sidoarjo pada 13 Julai lalu.

Erat silaturahim dengan sukan

"Kami mendapat tahu cerita mengenai pasukan kita yang bermain di Indonesia, negara tetangga kita dan kami ada beberapa isu. Maksud saya, ia cuma gangguan kecil sahaja.

"Ada orang selalu kata pendidikan juga platform untuk demokrasi. Sukan sangat penting dan kami perlu lakukan dengan baik kerana kadang kala kejohanan sukan juga boleh menyebabkan tindak balas (yang tidak diingini)," kata Saifuddin lagi.

'Diplomasi bola keranjang' dipopularkan dalam hubungan Amerika Syarikat-Korea Utara apabila bekas bintang NBA bagi kelab Chicago Bulls, Dennis Rodman sering melakukan perjalanan ke Pyongyang sebagai 'seorang warga negara' dan bersahabat dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang menurut BBC, digelar Rodman sebagai 'sahabat selamanya'.

Bagi Saifuddin, sukan menjadi platform untuk mengeratkan tali silaturahim sesama manusia di kalangan negara di rantau ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS