Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
30,000 dijangka lihat pertembungan musuh tradisi S'gor-Singapura
Diterbitkan:  Jul 23, 2018 1:50 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Penganjur Piala Sultan Selangor 2018 menyasarkan 30,000 peminat bola sepak tempatan bakal membanjiri Stadium Shah Alam bagi melihat pertembungan dua musuh tradisi bola sepak iaitu Selangor dan Singapura.

Pengerusi Piala Sultan Selangor 2018 Tan Sri Abd Karim Munisar berkata beliau yakin dengan pertambahan satu lagi piala yang dipertandingkan iaitu Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang mula diperkenalkan pada tahun lepas bakal menjadi tarikan utama.

“Bagi piala ini, kami mengenalpasti 20 pelajar dari seluruh Selangor untuk merampas kembali piala ini yang dimenangi oleh Singapura pada tahun lepas.

“Kami yakin pasukan kali ini akan berjaya merampas kembali ketiga-tiga piala yang ditawarkan, Piala Cabaran Sekolah-Sekolah, Piala Pilihan dan Veteran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket Piala Sultan Selangor kepada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam hari ini.

Kira-kira 4,000 keping tiket diagihkan kepada pekerja MBSA pada majlis itu yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Tiket akan mula dijual kepada peminat bola tempatan pada 11 Ogos ini berharga RM10 sekeping di samping diadakan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Honda City.

Tambah Abd Karim, pasukan pilihan Selangor pada edisi tahun ini bakal diwakili oleh pasukan PKNS FC selain tambahan beberapa pemain daripada pasukan Selangor.

“Mungkin tiga atau empat pemain Selangor, termasuk seorang pemain import akan ditambah bagi memantapkan pasukan pilihan Selangor.

“Bagaimanapun, pemain tempatan akan diberi keutamaan untuk bermain, mengikut format perlawanan, hanya empat pemain import dibenarkan dalam pasukan dan tiga dibenar bermain dalam satu-satu masa,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS