Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bola baling Sukan Asia: M'sia tumpas pada Qatar

Skuad bola baling lelaki negara memulakan kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan langkah kiri apabila dibelasah juara Asia, Qatar 11-64 dalam aksi pembukaan Kumpulan A di GOR Popki Cibubur, Jawa Timur, Indonesia hari ini.

Pada perlawanan itu, Qatar selesa mendahului 33-7 pada separuh masa pertama permainan sebelum menambah 31 mata berbanding Malaysia yang hanya mengutip empat lagi mata pada babak kedua, menurut laman sesawang Sukan Asia, www.en.asiangames2018.id.

Malaysia akan berdepan Iran dalam perlawanan kedua kumpulan pada Rabu di venue yang sama.

Skuad wanita negara akan memulakan saingan acara berkenaan menentang tuan rumah, Indonesia dalam aksi Kumpulan A, esok.

Acara bola baling Sukan Asia bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

- Bernama

Lihat Komen
ADS