Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Pogba akui Manchester United patut kalah
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 1:10 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Kapten pasukan Manchester United, Paul Pogba menganggap pasukannya memang patut kalah kepada Brighton kerana pasukan lawan "lebih laparkan" kemenangan.

Dalam kenyataannya di media sosial selepas perlawanan di Amex Stadium malam tadi, Pogba menyifatkan pasukannya tidak mempunyai semangat untuk menang.

"Kita kalah, kita memang tak layak menang. Sikap yang kita miliki tidak seperti ingin mengalahkan mereka. Mereka lebih lapar daripada kita," katanya.

Pogba juga menyifatkan dia dan rakan-rakan sepasukannya membuat terlalu banyak kesalahan terutama di bahagian pertahanan.

"Saya fikir kita buat kesalahan yang seharusnya tidak dilakukan. Kita tertinggal 1-0, tidak apa, kemudian 2-0, kemudian 2-1 dan kita berharap mencetak gol lagi, tetapi sebaliknya kita bolos gol lagi," kata Pogba.

Pada perlawanan semalam, Romelu Lukaku sempat memberi harapan kepada penyokong Manchester United apabila merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-34.

Namun, anak buah Maurinho itu kembali tersentak apabila sepakan penalti Pascal Gross kembali menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Manchester United cuba bangkit di babak kedua perlawanan, namun gol Pogba melalui sepakan penalti pada minit ke-90 terlambat untuk keputusan sekadar berakhir dengan 3-2.

Kekalahan itu meletakkan Red Devils di tangga ke-11.

Lihat Komen
ADS