Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Emas pertama M'sia di Sukan Asia dari trio boling wanita

Pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, disumbangkan oleh Easter Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dalam acara boling trio wanita.

Trio itu menamatkan kemarau emas 24 tahun dalam acara itu, selepas mencatatkan 4,326 jatuhan pin di Pusat Boling Jakabaring di Palembang, hari ini.

Satu lagi trio negara yang terdiri daripada Sin Li Jane, Natasha Mohamed Roslan dan Shalin Zulkifli menamatkan saingan di tempat keempat selepas mencatatkan 4,144 jatuhan pin.

Pingat perak dan gangsa pula masing-masing menjadi milik trio Pan Yu Fen, Chou Chia Chen and Tsai Hsin Yi (4,255) dari Taiwan dan Yeo Ruo Qi Joey, Tan Daphne Shi Jing, Lim Bernice Hui Ying (4,250) dari Singapura.

Terdahulu pada blok pertama yang berlangsung pagi tadi, trio Easter, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah menduduki tempat pertama dengan 2,184 mata, diikuti trio Sin Li, Natasha dan Shalin di tempat kedua dengan 2,151 mata.

Satu-satu kalinya Malaysia mengungguli acara trio wanita adalah pada edisi 1994 di Hiroshima,Jepun, manakala pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan 2006 di Doha, Qatar, negara meraih pingat perak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS