Paling Popular
Terkini

SUKAN ASIA 2018 | Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam final acara 10 meter platform individu wanita yang dijadual berlangsung malam ini.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Andy Low selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengadu masih berasa tidak selesa ketika beraksi pada pusingan kelayakan di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi.

“Beliau tidak akan meneruskan aksi di final kerana tidak mahu mengambil risiko. Kecederaannya masih belum pulih dan sebab itu keputusan menarik diri dibuat,” katanya ketika dihubungi Bernama di Jakarta, hari ini.

Pada pusingan kelayakan itu, Pandelela menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengumpul 277.40 mata.

Terdahulu, Olahragawati Kebangsaan 2015 itu turut menarik diri daripada bergandingan bersama Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama yang menyaksikan tempatnya diganti oleh Nur Dhabitah Sabri.

Sebagai rekod, Pandelela mengalami kecederaan belakang ketika menjalani sesi latihan pada Sabtu lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS