Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Azizulhasni titip khabar emas dari Jakarta
Diterbitkan:  Aug 30, 2018 6:12 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

SUKAN ASIA 2018 | Atlet negara yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman membuktikan bisanya masih tetap sama apabila menyumbang pingat emas kelima buat negara di Jakarta sebentar tadi.

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, mengirim khabar gembira buat rakyat Malaysia menjelang sambutan hari kebangsaan apabila mengalahkan wakil Jepun Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta petang ini.

Kedua-dua pelumba terbabit bertemu di saingan akhir kategori pecut dan untuk merangkul pingat emas, mereka perlu memenangi dua daripada tiga pusingan yang ditetapkan.

Namun Azizulhasni, 30, tidak perlu bersaing hingga ke pusingan penentuan apabila dia berjaya meninggalkan Fukaya pada kedua-dua pusingan terawal.

Azizulhasni masih berpeluang menambah koleksi pingat emas buat Malaysia apabila dia dijadual bakal bertarung bagi acara keirin - yang lebih digemarinya berbanding pecut - selepas ini.

Lihat Komen
ADS