Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Sadio Mane cuci masjid lepas bantu Liverpool kalahkan Leicester
Diterbitkan:  Sep 2, 2018 11:16 PM
Dikemaskini: 3:41 PM

Rajin di atas padang dan mempunyai perwatakan tersendiri di luar padang, Sadio Mane adalah pemain yang tidak memerlukan anda menjadi penyokong Liverpool untuk menggemarinya.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp sendiri mengakui perkara ini.

"Macam mana anda boleh tidak suka orang ini?" kata Klopp dalam keterangan klip video di Facebook yang dikongsinya dari akaun Facebook pendatang baru Liverpool, Xerdan Shaqiri.

Klip video berkenaan dikatakan memaparkan Sadio Mane membersihkan tandas di masjid beberapa jam selepas penyerang sensasi Liverpool itu membantu pasukannya memenangi perlawanan keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris bagi musim ini.

Dalam klip video 43 saat itu, individu yang dikatakan Mane dilihat mengisi air di baldi bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sedang membersihkan lantai.

Menurut pengguna media sosial, klip video berkenaan dirakam di tempat berwudhu di masjid yang sering dikunjungi Mane, iaitu Masjid Al-Rahma di Mulgrave Street di Liverpool.

Video berkenaan sudah dikongsi beratus ribu kali di pelbagai media sosial dalam tempoh tidak hampir 12 jam.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan Mane sebagai seorang ahli sukan yang rendah diri.

Pemain kelahiran Senegal yang beragama Islam itu sering dilihat meraikan jaringan golnya dengan bersujud di atas padang.

Mane melakukan hal serupa selepas membuka jaringan perlawanan dalam pertembungan dengan Leicester yang berakhir dengan kemenangan untuk Liverpool 2-1, semalam.

Kemenangan itu memastikan Liverpool mengutip mata penuh bagi keempat-empat perlawanan setakat ini.

Lihat Komen
ADS