Prestasi atlet badminton buat Syed Saddiq panik

   

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa semua pemain serta kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkerja keras mulai sekarang bagi memastikan ada wakil layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Syed Saddiq juga mengakui panik berikutan prestasi hambar skuad negara yang pulang dengan tangan kosong buat pertama kali selepas menyertai temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang yang berakhir Ahad lalu.

“Saya dan kepimpinan BAM mempunyai harapan yang tinggi terhadap pemain dan yakin mereka mampu melangkah lebih jauh.

“Usaha perlu bermula dari sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Bawah 15 Tahun anjuran Astro di Stadium Bukit Kiara Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau meminta semua pihak bersabar.

Katanya barisan kepimpinan BAM berkerja keras untuk memastikan Malaysia mempunyai dua wakil yang layak beraksi dalam setiap acara pada Sukan Olimpik Tokyo.

Selain itu, katanya, BAM berhasrat mewujudkan jawatan pengarah kejurulatihan bagi memantapkan lagi sistem serta membantu pemain mencapai prestasi yang lebih baik.

”​​​​​​​Perkara ini perlu dilihat secara terperinci memandangkan ia melibatkan faktor kewangan.

“Kadang-kadang saya fikir duit lebih baik dibelanjakan dengan memberikan pendedahan kepada pemain terutamanya dalam kelayakan ke Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.