Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Maradona jadi jurulatih kelab divisyen 2 Mexico

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menandatangani perjanjian sebagai jurulatih pasukan bola sepak divisyen dua Mexico, Dorados de Sinaloa, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Pengumuman Maradona, 57, sebagai jurulatih akan dibuat secara rasmi pada Ahad di Culiacan, Mexico, umum kelab itu pada Khamis.

Selain Maradona, Gaspar Servio, 26, juga dari Argentina akan menyertai Dorados sebagai penjaga gol.

Servio, sebelum ini bersama dengan kelab River Plate, memberitahu saluran telivisyen TyC Sports Argentina, semua lima pemain Argentina yang berada dalam pasukan itu gembira dengan berita tersebut.

"Pasukan kita memerlukan jurulatih seperti Maradona," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS