Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Majlis Paralimpik nafi k'jaan tak mampu taja pakaian atlet
Diterbitkan:  Sep 7, 2018 5:45 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menafikan laporan bahawa kerajaan tidak mampu mencari sumber untuk menaja pakaian atlet pasukan kebangsaan bagi upacara pembukaan Sukan Para Asia di Jakarta bulan hadapan, berkata "ia tidak menjadi isu sejak permulaan lagi."

Presiden MPM SM Nasaruddin SM Nasimuddin berkata majlis itu sebenarnya telah mendapat beberapa penaja dan menjadi amalan biasa untuk pakaian tersebut diberikan kepada kontinjen negara beberapa hari menjelang keberangkatan ke acara sukan itu.

Majlis pembukaan Sukan Para Asia akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di ibu negara Indonesia pada 6 Oktober depan.

Laporan akhbar The Star menyatakan kerajaan tidak ada peruntukan untuk pakaian rasmi kontijen kebangsaan pada majlis pembukaan Sukan Para Asia dan tidak mampu mendapatkan penaja.

Sumber memberitahu akhbar itu atlet negara diberitahu untuk memakai seluar sukan semasa perarakan pembukaan berkenaan.

"Pakaian pasukan kebangsaan itu bukan isu sejak dari awal lagi kerana MPM yang diberi kepercayaan bersama agensi kerajaan yang relevan dalam menyediakan kontijen Malaysia untuk Sukan Para Asia Jakarta 2018 telah memulakan rundingan dan malah telah mendapatkan tajaan daripada TuneTalk, Bata Malaysia dan Naza Corporation Holdings setakat ini.

"Oleh sebab itu, sumber laporan tersebut salah faham proses persiapan mendapatkan penaja untuk pakaian kontijen negara dan khususnya jangka waktu ke arah acara sukan itu ... kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim adalah benar," kata Nasaruddin.

Sim memberitahu The Star bahawa kementeriannya, Majlis Sukan Negara dan PCM "bersetuju sebulat suara" bahawa seluar sukan berjalur harimau merupakan pakaian terbaik untuk pasukan itu pada upacara pembukaan.

Lihat Komen
ADS