Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Peluang sahut cabaran tawan Gunung Angsi
Diterbitkan:  Sep 11, 2018 4:19 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menyasarkan 400 peserta dari seluruh negara untuk mengambil bahagian dalam acara Gunung Angsi Challange 2018 yang akan diadakan pada Ahad ini.

Pengarahnya, Salim Aman, berkata acara itu bertujuan menggalakkan pendaki gunung bersaing dengan lebih sihat dan mendapatkan ganjaran seperti baju penamat atau medal penamat serta sijil penyertaan.

"Selain itu rekod pencapaian dan data pencapaian peribadi mereka disimpan di ruangan maya sebagai rujukan sendiri dan pemangkin semangat orang lain untuk memecahkan rekod tersebut," katanya kepada Bernama di Seremban hari ini.

Dua kategori dipertandingkan iaitu Competitive dan Non-competitive.

Kata Salim untuk kategori pertama setiap peserta dipakaikan cip dan pencapaian pemenang akan direkodkan serta dipaparkan pada laman sesawang untuk tatapan umum.

"Kategori Non-competitive pula tidak melibatkan pemakaian cip dan tiada paparan pada papan rekod pencapaian atau laman sesawang," katanya.

Wang tunai berjumlah RM3,500 menanti pemenang acara itu.

Menurut Salim, sebagai perancangan jangka panjang, acara berkenaan akan dijadikan sebagai ‘Sirkit Cabaran Gunung Negeri Sembilan’ melibatkan pelbagai daerah di negeri itu yang memang mempunyai beberapa puncak gunung untuk ditawan seperti Gunung Datuk, Gunung Tampin dan Gunung Besar Hantu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS