mk-logo
Sukan
Kelantan anjur pertandingan bina badan patuh syariah

Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan yang dinamakan Cabaran Mr Awang Selamat Kelantan 2018 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 13 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak sepertimana pertandingan bina badan biasa.

“Setakat ini terdapat 50 peserta telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan tersebut," katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Wan Roslan berkata pertandingan yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak di sini, mempertandingkan empat kategori iaitu Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke bawah), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup/70 kg ke atas) dan Mr Awang Selamat Kelantan Pasak (Tertutup).

Beliau berkata pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai, keris serta piala.

- Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini